Sabtu, 25 Julai 2009

TAHUKAH ANDA TENTANG FACEBOOK?


Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.
Tahukah anda bahawa pengasas Facebook , iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County , New York ?
Tahukah anda bahawa

Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?
Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008â?², iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?
Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Na mun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion.
Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi) ?



Sedikit Info tentang AEPi:

1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti...
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya .
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC , Hillel , Israel on Campus Coalition , Aish HaTorah , Chabad on Campus , Hasbara Fellowships , B'inai Brith International , Shaare Zedek , Chai Lifeline , Holocaust Museum , dan Gift of Life .
Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook , maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut?
Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?

Korang Masih Nak Guna Facebook Semata Mata Untuk Usha Awek2 Cun?!! Fikirkanlah. .

Setiap Sen Yang Kit a Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan Darah Saudara Kit a Setitik .


Cuba tanya diri kita..apa sumbangan kita pada saudara kita di palestin??? bagilah bantuan apa yang kita mampu untuk saudara kita di palestin..BAIKOT ISRAEL!!!..tolong war2kn perkara ini!!!!!!

Readmore »»

Rabu, 22 Julai 2009

ALLAH MAHA PENGAMPUN


Daripada Anas r.a berkata:Rasulullah s.a.w bersabda: “Allah s.w.t telah berfirman(dlm hadis qudsi): “Hai anak Adam!Selama engkau masih berdoa dan berharap kepada-Ku,Aku mengampuni bagimu akan segala dosa yg ada padamu dan Aku tidak peduli(walaupun dosa itu banyak sekali).Hai anak Adam ! Jikalau seandainya dosamu itu sampai ke atas awan yang ada di langit,kemudian kamu datang mengharapkan keampunan daripada-Ku nescaya aku berikan keampunan kepadamu.Hai anak Adam!Sesungguhnya jikalau engkau datang kepada-Ku membawa dosa sepenuh bumi ini,kemudian engkau datang menemui Aku padahal engkau tidak mempersekutukan Aku dengan sesuatu,nescaya Aku akan datangkan kepadamu sepenuh bumi keampunan”.-H.R Tirmizi

Readmore »»

Selasa, 21 Julai 2009

TANDA-TANDA HUSNUL KHATIMAH


Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik 'husnul khatimah'?

Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah

ialah:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)

3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

"Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah.

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?

Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.

Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit."

Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"

Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.

Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.

Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).

Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. "Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)."

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.

Readmore »»

Isnin, 13 Julai 2009

DERHAKA KEPADA IBUBAPA TERMASUK DOSA BESAR!


قال تعالى: (( وقضى ربك ألا تعبدو إلا إياه وبالوالدين إحسانا إما يبلغن عندك الكبر احدهما او كلاهما فلا تقل لهما اف ولا تنهرهما وقل لهما قولا كريما* )) سورة الاسراء

Yang bermaksud :

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun).al-isra':23

Nabi s.a.w ada bersabda,mafhumnya "

Kedudukan orang-orang yang menderhakai ibubapanya di dalam neraka,adalah setaraf dengan iblis,dan kedudukan orang-orang yang berbuat bakti kepada ibubapa di dalam syurga,mereka akan bersama-sama para anbia'(para nabi)

Wahai saudaraku sekalian,jikalau kita perhatikan firman Allah di atas,untuk berkata "UFF (huh)" pun Allah s.w.t dah melarangnya,apalagi untuk berkata yang lebih dari itu,larangan ini WAJIB kita patuhi .

Lagi sabda Nabi s.a.w,mafhumnya : Orang yang berbuat bakti kepada ibubapanya akan bertambah panjang umurnya, dan barangsiapa yang derhaka kepada ibubapanya,sesungguhnya dia telah melawan ALLAH dan RASULNYA..Nauzubillah...

Dimana kedudukan kita wahai saudaraku...adakah kita telah melawan Allah dan RasulNya dengan menderhakai kedua ibubapa kita..?berbaktilah kepada mereka selagi mereka bersama kita di dunia..dan jadilah anak yang soleh dan solehah sebagai bekalan mereka apabila mereka telah kembali kepada Allah...
TEPUK DADA..TANYA IMAN...

Readmore »»

Ahad, 12 Julai 2009

MENENTANG KEMUNGKARAN SATU KEWAJIPAN!


عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : ( من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه ، وذلك أضعف الإيمان ) رواه مسلم .


Maksud hadith :


Daripada Abu Said Khudri r.a berkata ; Aku mendengar Rasullah s.a.w bersabda : sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran,hendaklah dia mencegahnya dengan tangannya, maka sekiranya dia tidak mampu, maka cegahlah dengan lisannya (percakapannya) maka sekiranya dia tidak mampu (juga), maka cegahlah dengan hatinya, dan demikian itu (mencegah dengan hati) adalah selemah-lemah iman . hadith riwayat muslim .


Hukum mencegah kemungkaran :


Sepakat ulamak mengatakan wajib atas orang islam (fardhu ain) dan mereka yang redha dengan kemungkaran termasuk dalam dosa besar .


Maksud kemungkaran :


Kemungkaran bermaksud, setiap perkara yang dilakukan samada meninggalkan apa yang diperintahkan oleh Allah (contohnya meninggalkan solat) atau membuat apa yang dilarang oleh Allah (contohnya membuka/mendedahkan aurat), walaupun ianya dosa kecil .


Peringkat mencegah kemungkaran :


1-Dengan tangannya (kuasa yang ada padanya) jikalau dia tidak mampu kerana akan membahayakan nyawanya atau hartanya, maka akan dituntutnya mencegah pada peringkat kedua


2-Dengan lisannya (percakapanya) samada nasihat atau sebagainya , jikalau dia masih lagi tidak mampu kerana akan ditimpa mudharat,maka akan dituntut pada peringkat yang terakhir .


3- Dengan hatinya (merasa tidak redha dalam hati) ini menjadi kewajipan kepada semua individu muslim, jikalau dia tidak mengingkari maksiat walau dengan hati, maka sabda NABI s.a.w. "tidak ada iman dalam hatinya walau sebesar biji sawi".kita harus faham,mengingkari kemungkaran dengan hati adalah selemah-lemah iman .


Mencegah kemungkaran ada 2 hukum :


1-Fardhu Ain :


mencegah kemungkaran menjadi fardhu ain ketika orang yang melihat kemungkaran hanyalah seorang sahaja,ketika itu menjadi kewajipan kepada dia untuk mencegahnya,dia akan berdosa jikalau meninggalkan mencegah kemungkaran


2-Fardhu kifayah :


mencegah kemungkaran akan menjadi fardhu kifayah ketika sekempulan orang islam yang melihat kemungkaran,jikalau seorang saja dari kumpulan itu yang mencegah kemungkaran tersebut maka terlepaslah kewajipan kepada yang lain,jikalau seorang pun tidak mencegahnya, maka semuanya akan berdosa .


Dimanakah kedudukan kita dalam mencegah kemungkaran? sedangkan mencegah kemungkaran menjadi fardhu ain kepada setiap orang mukmin dan berdosa jikalau ditinggalkan, TEPUK DADA TANYA IMAN......

Readmore »»

Rabu, 8 Julai 2009

CANTIK??TAPI IANYA AMARAN ALLAH!





































Readmore »»

Isnin, 6 Julai 2009

TUDUNG SAJI

Entah mengapa..bila terpandang pemakaian tudung oleh kebanyakan wanita islam sekarang ini,saya teringatkan tudung saji..kenapa ? sebab ianya hampir sama,jarang dan menampakkan apa yang cuba ditutup..apakah pemakaian tudung kebanyakkan wanita islam sekarang ini menepati apa yang digariskan oleh syarak? adakah ianya mampu membendung nafsu lelaki yang melihatnya ? banyak lagi persoalan yang bermain dibenak fikiran saya ... pemakaian tudung adalah sudah diketahui umum..ianya wajib apabila wanita mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah,dan Muhammad itu pesuruh Allah..




Mari kita renungkan perintah Allah dalam Al-Quran yang bermaksud :

"Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. -annur:31

Setiap perintah dalam al-Quran itu wajib hukumnya..kenapa kita sering berdalih untuk memakainya dengan cara yang betul ? lebih-lebih lagi mereka yang tidak mahu langsung untuk memakainya , betul ke mereka mengaku " Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah "? sedangkan apa yang diperintahkan itu tidak diikuti!

Kucing akan menolak tudung saji untuk mendapatkan apa yang ada dibawahnya..begitu juga dengan manusia lelaki yang telah dikuasai nafsu..bila melihat lauk yang ditutupi tidak sempurna mereka akan buat apa saja untuk mendapatkan lauk tersebut..hatta membunuh! fikir-fikirkan lah wahai kaum hawa..

setiap apa yang Allah Taala perintahkan mesti ada hikmah yang menguntungkan kita..

tepuk dada tanya iman!





Readmore »»

Disiplin Blogger



Mutakhir ini bidang penulisan blog tumbuh subur bagaikan cendawan selepas hujan, tapi apa yang menyedihkan kebanyakkan blogger tidak mengamalkan disiplin blog yang sepatutnya, mereka telah menyalahgunakan blog untuk mencaci dan menuduh tanpa fakta,itu tidak termasuk
fitnah yang berleluasa, sedar atau tidak,segala yang kita pamerkan di dalam blog juga akan termasuk dalam perbuatan yang akan dikira dosa dan pahala.

Jika seseorang pembaca mendapat maklumat yang salah dari blog,dan dia menyebarkannya, itu dikira "jahil murakkab",iaitu jahil yang berturut-turut, jikalau perbuatan menyebarkan fakta yang salah itu disengajakan oleh para blogger, maka dia akan mendapat dosa yang berganda-ganda, ini kerana orang ramai akan tersesat dengan sebab fakta yang diberikan itu salah .

Rasullah s.a.w pernah bersabda, mafhumnya, jika ditimbang seluruh isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar, ada ulama menyatakan, ini bertepatan dengan hadis nabi s.a.w
"من دل على خير فله مثل أجر فاعله "
yang bermaksud : Sesiapa yang menunjukkan kearah kebaikan, maka baginya pahala seperti pembuatnya" , disaat nabi dikutuk, dihina, dipersendakan ,dituduh sebagai pembohong dan dituduh sebagai tukang sihir, orang yang paling mempercayai nabi ketika itu adalah Abu Bakar, Dia menyatakan " setiap yang datang daripada Muhammad , aku mempercayainya ",begitu hebat iman Abu Bakar yang diberikan gelaran Assiddik (الصديق) , antara sebab iman Abu Bakar lah,kita dapat merasai nikmat iman dan islam pada hari ini, oleh kerana Saidina Abu Bakar telah menunjukkan kepada kita satu contoh iman yang kuat mempercayai nabi ,ketika kebanyakkan manusia tidak mempercayainya, maka setiap amalan kebajikan umat Nabi Muhammad s.a.w sehingga kiamat, akan diberikan kepada Saidina Abu Bakar Assiddik r.a. kerana dia telah menunjukkan satu perkara kebaikan kepada kita semua .

Saudaraku blogger sekalian , adakah kita tidak mempunyai peluang untuk mendapat pahala kebajikan berterusan sehingga hari kiamat seperti yang diperolehi oleh Saidina Abu Bakar Assiddik ? jawapanya BOLEH dan KITA ADA PELUANG ,macamana ? gunakan blog anda untuk menunjukkan manusia kearah kebaikan , insyaAllah apabila pembaca membuat kebaikan dengan sebab kita yang menunjukan, kita akan mendapat pahala kebajikan seperti yang diperolehi oleh pembuatnya .
Ataupun kita mahu membuat dosa yang bertimpa-timpa dengan sebab fakta yang kita selewengkan? dan seterusnya menempah neraka Allah yang amat pedih azabnya, nauzubillah .
ingatlah! Dosa sesama manusia tidak akan diampun oleh Allah kecuali setelah meminta ampun dari mereka yang kita fitnah dan sakiti dengan apa cara sekalipun .

Wahai saudaraku blogger sekalian , amalkan displin blogger yang tinggi,untuk keuntungan kita di dunia dan di Akhirat...
Tepuk dada Tanya Iman....


Readmore »»