Khamis, 28 April 2011

KENAPA PERLU BERSOLAT???

Pengertian Solat, Dalil, Rukum Solat, Syarat Wajib, Syarat Sah, Sunat Ab’adh dan Sunat Hai’ah.
ABSTRAK
Artikel ini membincangkan tentang pengertian solat, dalil, rukun solat, syarat wajib, syarat sah, sunat ab’adh dan sunat hai’ah. Dalam melaksanakan perintah Allah s.w.t yang di fardhukan ke atas umat Islam melalui junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w pada malam isra’ dan mikraj kita perlu mengetahui apa yang dimaksudkan dengan solat. Artikel ini juga membicangkan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan solat yang perlu diketahui, ini kerana sebagai umat Muhammad s.a.w kita wajib belajar dan mengetahui semua perkara yang berkaitan dengan solat supaya solat yang kita kerjakan lima waktu sehari semalam diterima dan diberi ganjaran oleh Allah s.w.t.

PENDAHULUAN

Sesungguhnya solat telah difardhukan kepada semua umat bermula pada zaman Nabi Adam a.s

sehinggalah umat Nabi Muhammad s.a.w. Pendapat ini dikuatkan dengan Firman Allah Taala di dalam al-Quran ;
“يَامَرْيَمُ اقْنُتِي لِرَّبِكِ واسْجُدِي وَارْكَعِي مَعَ الرَّاكِعِينَ “
Yang bermaksud ; Wahai Maryam, taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan solat) berasama-sama orang-orang yang rukuk.-al-Imran:43.

Ibadat solat telah disampaikan oleh Allah s.w.t kepada nabi Muhammad s.a.w tanpa perantaraan, ini bermakna ibadat solat mempunyai keistimewaan berbanding ibadat-ibadat lain kerana ia diterima secara langsung oleh Nabi Muhammad s.a.w daripada Rabbul Jalil. Manakala ibadat-ibadat lain difardhukan oleh Allah kepada nabi Muhammad s.a.w melalui malaikat Jibril a.s.

PENGERTIAN SOLAT.

PERKATAAN ‘Solat’ dalam Bahasa Arab ialah 'Doa memohon kebajikan dan pujian.' Maka, solat Allah SWT kepada NabiNya ialah pujian Allah SWT kepadaNabiNya. Sebelum Islam, orang Arab menggunakan perkataan solat dengan maksud yang sedemikian dan erti itu terdapat juga pada beberapa tempat di dalam al-Quran. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan bersolatlah (doakanlah) untuk mereka, kerana sesungguhnya solatmu (doamu) itu menjadi ketenteraman bagi mereka." (At-Taubah: 103)

Demikianlah makna ataupun takrif solat dalam pengertian Bahasa Arab sebagaimana yang disebutkan di dalam ayat di atas.
Takrif Solat Secara Zahir.

Adapun takrif solat yang dikehendaki syarak sebagai nama bagi ibadah yang menjadi tiang agama Islam, para Fuqaha (ahli fekah) telah sepakat menetapkan pengertian ini, iaitu:
"Beberapa ucapan dan beberapa perbuatan yang dimulai dengan takbir, disudahi dengan salam dan dengannya kita beribadah kepada Allah, menurut syarat-syarat yang telah ditentukan."
Bagaimanapun takrif para Fuqaha ini hanya mengenai "rupa solat” sahaja, tidak merangkumi 'hakikat” dan "roh” solat. Takrif yang diberikan oleh para Fuqaha ialah takrif yang menggambarkan solat yang dapat didengar dan dilihat atau secara ringkas disebut takrif secara zahir. Tidak termasuk di dalam pengertian ini, hakikat dan jiwa solat yang hakiki.


Takrif Solat Secara Batin.

Untuk mengetahui takrif yang menerangkan hakikat solat dan jiwanya atau takrif secara batin, ia ada digambarkan oleh ahli-ahli makrifat iaitu:
"Berhadap hati (jiwa) kepada Allah, secara yang mendatangkan takut kepadaNya serta menumbuhkan di dalam jiwa rasa keagungan, kebesaran dan kesempurnaan kekuasaanNya."

Dengan lain perkataan, ia boleh ditakrifkan begini:
"Hakikat solat ialah "menzahirkan hajat dan keperluan kita kepada Allah yang kita sembah dengan perkataan dan pekerjaan atau dengan kedua-duanya sekali."
Lantaran itu, solat juga diertikan dengan doa kerana ia mengandungi hajat hamba kepada Allah SWT.

Menzahirkan hajat kita kepada Allah SWT sama ada dizahirkan dengan perbuatan mahupun yang kita zahirkan dengan sikap, bererti kita berharap untuk mendapat sesuatu yang kita hajati. Ertinya, kita memohon sesuatu nikmat atau kita mengharap supaya terhindar dari sesuatu kesusahan dan kemelaratan.

DALIL KEWAJIPAN SOLAT
Dalil berkenaan kewajipan solat terdapat di dalam al-Quran, hadis Nabawi syarif dan telah disepakati oleh jumhur ulama tentang kewajipan solat dan ia dikatogerikan sebagai perkara yang diketahui di dalam agama Islam.
Dalil dari al-Quran ;
إِنَّ الصَّلاَةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا
Yang bermaksud ; Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman yang tertentu waktunya. –An-Nisa : 103.

Dalil dari Hadis Nabawi Syarif : Sabda nabi s.a.w sewaktu mengutuskan Muadz ke Yaman;
أعْلِمْهُمْ أنَّ الله افترضَ عليهم خمسَ صلواتٍ في كُلِّ يومٍ وليلةٍ
Yang bermaksud ; Khabarkan kepada mereka, bahawa sesungguhnya Allah telah menfardhukan ke atas mereka solat lima waktu sehari semalam.

Dalil daripada ijmak ulamak :
فهو معلومٌ بالضَّرورة من الدِّين، ولهذا لم يُنكرْ أحدٌ من أهل القِبلة ـ ممَّن ينتسبون إلى الإسلام ـ فَرْضَهَا؛ حتى أهل البدع يقرُّون بفرضِهَا.

Maksudnya : Perkara ini telah diketahui umum dalam agama Islam, dan ia tidak diingkari oleh ahli kiblah (Umat Islam) tentang kefardhuannya, bahkan ahli bidah (mereka-reka dalam agama) pun mengakui tentang kefardhuannya.

HUKUM SOLAT FARDHU
Berdasarkan dalil-dalil di atas, hukum solat fardhu adalah wajib ke atas setiap umat Islam (Fardhu ain), yang dimaksudkan umat islam di sini ialah mereka yang mengucap dua kalimah syahadat, seperti sabda nabi s.a.w sewaktu mengutuskan Muadz bin Jabal ke Yaman :
إنك تأتي قوماً من أهلِ الكتاب، فادْعُهُمْ إلى شهادة أنْ لا إله إلا الله، وأنِّي رسولُ الله، فإن هم أطاعُوا لذلك؛ فأعْلِمْهُم أنَّ الله افترض عليهم خمسَ صلوات
Maksudnya : Engkau akan pergi kepada kaum dari ahli kitab, maka serulah mereka kepada penyaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku utusan Allah, maka sekiranya mereka mentaati hal yang demikian maka Khabarkan kepada mereka, bahawa sesungguhnya Allah telah menfardhukan ke atas mereka solat lima waktu sehari semalam.


RUKUN SOLAT
Rukun Solat adalah perkara yang sebahagian daripada solat dan bergantung kepadanya sah solat itu. Solat secara amnya mempunyai tiga belas rukun yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu rukun qalbi, fi'li dan qauli.
Tiga belas rukun solat sepertimana di bawah :
1. Niat.
2. Berdiri betul bagi yang mampu.
3. Takbirtul ihram.
4. Membaca surah Fatihah.
5. Rukuk.
6. I’tidal.
7. Sujud.
8. Duduk antara dua sujud.
9. Duduk tahiyat akhir
10. Membaca tahiyat akhir.
11. Selawat kepada nabi dalam tahiyat akhir.
12. Salam.
13. Tertib.
Tiga belas rukun solat ini terbahagi kepada tiga kategori sebagaimana jadual di bawah ;
No. Rukun Kategori No. Rukun Katogeri
1 Niat Qalbi 8 Duduk antara dua sujud Fi’li
2 Berdiri betul Fi’li 9 Bacaan tahiyat akhir Qauli
3 Takbiratul ihram Qauli 10 Duduk Tahiyat akhir Fi’li
4 Membaca al-Fatihah Qauli 11 Selawat ke atas nabi Qauli
5 Rukuk Fi’li 12 Salam Qauli
6 I’tidal Fi’li 13 Tertib Qalbi
7 sujud Fi’li

Maksud tiga katogeri rukun sebagaimana di berikut ;
• Rukun qalbi (ﻗﻠﺒﻲ - iaitu berasal daripada perkataan ﻗﻠﺐ - qalb bermaksud hati) adalah rukun yang berasaskan kepada hati.
• Rukun fi'li (ﻓﻌﻠﻲ - iaitu berasal daripada perkataan ﻓﻌﻞ - fi'l bermaksud perlakuan) adalah rukun yang berasaskan kepada perbuatan anggota badan. Pergerakan anggota badan atau tindakan tubuh itu memerihalkan rukun tersebut.
• Rukun qauli (ﻗﻮﻟﻲ - iaitu berasal daripada perkataan ﻗﻮﻝ - qaul bermaksud kata-kata) adalah rukun yang berasaskan kepada sebutan dan bacaan.
Ada pendapat ulamak yang menambah tama’ninah dalam bilangan rukun solat, tama’ninah bermaksud berhenti sekejap selepas melakukan rukun solat (rukun fi’li).

SYARAT WAJIB SOLAT
Syarat wajib solat ada tiga,
Pertama : Islam, solat diwajibkan ke atas umat Islam sahaja, iaitu mereka yang mengucapakan dua kalimah syahadah, bagi orang kafir mereka tidak diwajibkan bersolat disebabkan oleh kekafiran mereka, oleh itu orang kafir yang memeluk islam selepas mereka akhil baligh tidak dituntut untuk mengqadakan solat mereka yang terdahulu.
Kedua : Baligh, baligh adalah diambil dari perkataan arab yang bermaksud sampai, yang dikhendaki dengan sampai di sini ialah sampai umur, tanda-tanda baligh bagi lelaki ialah bermimpi sampai keluar mani ataupun berumur 15 tahun ke atas, bagi perempuan ialah keluar darah haid.
Ketiga : Berakal, berakal juga diambil dari perkataan arab yang bermaksud berfikiran, bagi mereka yang tidak siuman (gila) tidak diwajibkan solat ke atas mereka walaupun mereka Islam dan Baligh.
Setelah ketiga-tiga rukun ini dipenuhi, barulah mereka diwajibkan menunaikan solat, namun begitu adalah digalakkan untuk mengajar kanak-kanak yang belum sampai umur bersolat seperti yang dianjurkan oleh nabi s.a.w.

SYARAT SAH SOLAT
Solat mempunyai syarat-syarat tertentu untuk menjadikan ia sah dan diterima oleh Allah s.w.t. Syarat sah solat ada lima.
Pertama : Suci dari dua hadas, iaitu hadas kecil dan hadas besar.
Kedua : Suci dari najis, ia meliputi suci tubuh badan, pakaian dan tempat solat, sekiranya salah satu dari tiga perkara tersebut tidak suci dari najis maka solat itu tidak diterima.
Ketiga : Menutup aurat, aurat bagi lelaki ialah antara lutut dan pusat dan aurat bagi perempuan ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Keempat : Mengadap kiblat, kiblat bagi umat islam seluruh dunia ialah Kaabah yang terletak di Makkatul Mukarramah.
Kelima : Yakin masuk waktu solat, bermaksud seseorang yang mahu mengerjakan solat wajib mengetahui bahawa waktu solat yang ingin dikerjakan itu telah masuk dengan rasa yakin, sekiranya ragu-ragu atau was-was masuk waktu solat maka solat tersebut tidak sah.
SUNAT YANG TERDAPAT DALAM IBADAH SOLAT
Diantara perkara sunat yang terdapat dalam ibadat solat ialah Sunat Ab’adh (ابعاض) dan sunat Hai’ah (هيئه).
Sunat Ab’adh (ابعاض).
Maksud sunat Ab’adh ialah perkara yang boleh digantikan dengan sujud sahwi (سهوى) sekiranya tertinggal untuk melakukannya semasa solat, sunat ab’adh ini terdapat dalam solat fardhu dan solat sunat. Sunat Ab’adh ada tujuh.
Pertama : Tassyahhud Awal.
Kedua : Duduk Tassyahhud Awal.
Ketiga : Membaca Qunut.
Keempat : Berdiri semasa membaca qunut.
Kelima : Membaca salawat ke atas Nabi s.a.w selepas membaca qunut.
Keenam : Selawat ke atas keluarga Nabi Muhammad s.a.w selepas tassyahhud akhir.
Ketujuh : Selawat ke atas keluarga Nabi Muhammad s.a.w selepas membaca qunut.
Perkara yang disebut di atas adalah merupakan sunat ab’adh, sekiranya tertinggal salah satu atau lebih dari satu maka sunat digantikannya dengan sujud sahwi.
Sujud Sahwi(سهوى)
Sujud sahwi dilakukan sekiranya terlupa untuk melakukan sunat ab’adh, waktu untuk melakukan sujud sahwi ialah sebelum salam, sesudah membaca selawat dan doa tassyahhud, bilangan sujud sahwi ialah dua kali sujud, bacaan dalam sujud sahwi seperti berikut ;
سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْحُوْ
Yang bermaksud: Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa.

Sunat Hai’ah (هيئه)
Peluang untuk memperolehi pahala sembahyang yang sempurna boleh diraih dengan melaksanakan perkara-perkara yang sunat dalam sembahyang, selain sunat ab’adh, terdapat juga sunat yang dinamakan dengan sunat hai’ah. Berbeza dengan sunat ab’adh, sunat hai’ah ini tidak perlu digantikan dengan sujud sahwi jika ditinggalkan secara sengaja atau terlupa. Namun jika ditinggalkan, seseorang itu akan mengalami kerugian kerana tidak mendapat pahala sunat dan hikmah yang terkandung di dalamnya.
Sunat hai’ah amat banyak, diantara yang disebut di dalam kitab Munyatu Musolli (منية مصلى) sebagaimana berikut :
Pertama : Mengangkat kedua tangan ketika Takbiratul-Ihram,ketika rukuk,ketika iktidal dan ketika bangun pada rakaat kedua. Cara mengangkat tangan ialah berbetulan tapak tangan dengan bahu, hujung anak jari dengan cuping telinga yang di atas dan dua ibu jari dengan cuping telinga. Kemudian diletakkan kedua tangan ke bawah dada, kedudukan tangan kanan di atas tangan kiri dengan cara tangan kanan menggengam pergelangan tangan kiri. Kesudahan meletakkan tangan dengan kesudahan melafazkan takbiratul-ihram mestilah serentak, pendapat ini telah disepakati dalam kitab Syarah Muhazzab dan kitab Syarah Wasith.
Kedua : Membaca doa Iftitah selepas daripada takbiratul-ihram. Sekurang-kurang bacaan doa iftitah adalah seperti berikut ;
الله اكبر كبيرا, والحمدلله كثيرا , وسبحان الله بكرة واصيلا
Dan yang sempurna untuk bacaan doa iftitah adalah ditambah dengan membaca
وجهت وجهي للذي فطر السماوات والارض حنيفا مسلما وما انا من المشركين , ان صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين , لا شريك له وبذالك امرت وانا من المسلمين .
Ketiga : Membaca Ta’awudz pada setiap rakaat, lafaz ta’awudz ialah ;
أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ
Keempat : Mengucapkan Amiin (آمين) selepas daripada membaca surah al-Fatihah. Ucapan amiin dinyaringkan pada solat Subuh,Maghrib dan Isyak, manakala pada solat Zohor dan Asar ia diucapkan dengan kadar perlahan. Sunat bagi makmum mengucapkan amiin bersama-sama dengan imam, dan sunat berhenti sebentar antara bacaan Fatihah dan ucapan amiin, demikian juga sunat berhenti sebentar antara ucapan amiin dan bacaan surah yang kedua.
Kelima : Membaca surah yang panjang pada solat subuh dan dua rakaat awal solat zohor, membaca surah yang sederhana panjang pada dua rakaat pertama solat asar dan isyak, dan membaca surah pendek pada dua rakaat pertama solat maghrib. Pada solat subuh hari jumaat disunatkan membaca surah Sajdah pada rakaat pertama dan surah al-Insan pada rakaat kedua.
Keenam : Mengucapkan Takbir al-Intiqalaat (perpindahan satu rukun ke satu rukun yang lain) pada lima tempat, iaitu ;
1. Takbir rukuk.
2. Takbir turun kepada sujud.
3. Takbir bangkit daripada sujud.
4. Takbir sujud yang kedua.
5. Takbir bangkit daripada sujud yang kedua kepada qiam.
Dan sunat mengangkatkan kedua tangan seperti takbiratul-ihram pada tiga tempat, iaitu;
1. Ketika hendak rukuk.
2. Ketika bangkit daripada rukuk kepada iktidal, diangkatkan tangan bersama dengan angkat kepala.
3. Ketika bangkit daripada tasyahhud awal kepada qiam.
Ketujuh : Mengucapkan tasbih ketika rukuk dan sujud, lafaz tasbih ketika rukuk ialah;
سبحان ربي العظيم وبحمده
Manakala ucapan tasbih ketika rukuk ialah;
سبحان ربي الأعلى وبحمده

Kelapan : Mengucapkan سمع الله لمن حمده ketika bangkit daripada rukuk, dan apabila telah berdiri tegak maka sunat mengucapkan;
ربنا لك الحمد ملء السموات وملء الارض وملء شئت من شيء بعد
Kesembilan : Membaca doa qunut pada rakaat kedua solat subuh, pada solat witir separuh yang kedua bulan ramadhan dan pada setiap solat jika kedatangan bala atau bencana.
Kesepuluh : Bacaan duduk antara dua sujud, lafaz bacaannya adalah seperti berikut;
رب اغفرلي وارحمني واجبرني وارزقني واهدني وعافني واعف عني
Kesebelas : Membaca doa selepas daripada tasyahhud dan selawat pada tasyahhud akhir, lafaz doa tersebut ialah;
اللهم اغفرلي ما قدمت وما أخرت وما اسررت وما أعلنت وما أسرفت وما انت أعلم به مني, انت المقدم وانت المؤخر, لا اله الا انت, اللهم اني أعوذبك من عذاب القبر وفتنة المحيا والممات, ومن فتنة المسيح الدجال, يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك
Kedua belas : Duduk tawarruk pada tasyahhud akhir, cara duduk tawarruk ialah duduk atas dua punggung dan keluarkan kaki kiri di bawah betis kanan.
Ketiga belas : Duduk istirahah iftirash (استراحة افتراش) pada tasyahhud awal dan duduk antara dua sujud, caranya ialah duduk atas tapak kaki kiri dan mendirikan kaki kanan.
Keempat belas : Meletakkan tangan kanan pada lutut kanan dan tangan kiri pada lutut kiri semasa tasyahhud awal dan akhir, tangan kanan digenggamkan dan dilepaskan jari telunjuk serta diletakkan ibu jari dibawah jari telunjuk. Dan sunat menggangkat jari telunjuk ketika menyebut اشهد ان لا اله الا الله tetapi makruh menggerak-gerakan jari telunjuk.
Kelima belas : Melihat pada tempat sujud dan mengekalkan khusyuk dari awal solat hingga akhir solat.
Keenam belas : Mengosongkan hati dari mengingati perkara yang lain dari solat ketika melakukan solat, dan mestilah tekun dalam menyempurnakan ibadah solat.
Kesemua 16 sunat Hai’ah di atas sepertimana yang disebut dalam kitab Muniyatul Musolli karangan As-Syeikh Allamah Daud bin Abdullah al-Fattoni.

FADHILAT SOLAT BERJEMAAH
عن ابن عمر رضي الله عنهما قال , قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
صلاة الجماعة أفضل من صلاة الفدِّ بسبع وعشرين درجة
رواه البخارى ومسلم
Maksudnya : Daripada Ibnu Umar r.a. Rasullah s.a.w bersabda : “ Sembahyang berjemaah itu lebih afdhal daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda”. Hadis riwayat daripada Bukhari dan Muslim.
PENGERTIAN SOLAT JEMAAH
Solat jemaah ialah solat beramai-ramai sekurang-kurang bilangannya 2 orang kecuali solat fardhu Jumaat, 2 orang tersebut termasuk seorang imam dan seorang makmum, semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya.
Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu :
1. Fardhu ain pada solat Jumaat.
2. Fardhu kifayah pada solat fardhu lima waktu.
3. Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah padanya, seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan gerhana matahari, solat minta hujan, solat terawikh dan solat witir pada bulan Ramadhan.
TUNTUTAN BERJEMAAH PADA SOLAT FARDHU
Tuntutan berjemaah pada solat fardhu selain fardhu Jumaat pada pendapat yang masyhur dan paling betul menurut imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian yang menutup aurat serta tidak mempunyai keuzuran syarie.
Jadi apabila sesebuah kampong yang mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti masjid, surau dan sebagainya maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung yang tidak hadir solat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah dalam sebuah kampung maka semua penduduk kampung akan berdosa
Dalil tentang pentingnya solat berjemaah ada terdapat dalam Hadis Nabi s.a.w. Antaranya ialah sepertimana yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa Rasullah s.a.w pernah mengamcam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.
Imam Muslim pula meriwayatkan hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya ada seorang lelaki yang buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumah. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudian Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa orang buta tersebut dapat mendengar seruan azan yang dilaungkan di masjid.
PENUTUP
قال رسول الله صلي الله عليه وسلم : الصلاة عماد الدين , من اقامها فقد اقام الدين , ومن تركها فقد هدم الدين
Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud ; Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat maka ia telah mendirikan agama, sesiapa yang meninggalkan solat maka ia telah meruntuhkan agama.
Ibadat solat adalah rukun kedua di dalam rukun Islam selepas daripada mengucap dua kalimah syahadah, dan ia merupakan tiang agama sepertimana yang disebut dalam hadis di atas. Orang mukmin perlu mempelajari dan mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan solat seperti dalil kewajipan solat, hukum, syarat wajib, syarat sah dan sunat-sunat yang terdapat di dalamnya supaya solat yang mereka kerjakan akan sempurna seterusnya diterima oleh Allah s.w.t. Ini kerana orang yang melakukan solat tanpa ilmu nescaya solat mereka tidak akan diterima dan perbuatan solat mereka akan menjadi sia-sia.
Islam adalah agama yang senang untuk diamalkan oleh penganutnya, semua ibadat dalam Islam tidak membebankan pemeluknya untuk melaksanakannya, termasuklah ibadat solat lima waktu sehari semalam. Setiap umat Islam hendaklah memberi komitmen untuk melaksanakan ibadat solat yang telah difardhukan ini, dengan bersolat insyaAllah akan dapat melahirkan generasi umat Islam yang mampu mendepani cabaran yang amat hebat di alaf yang serba mencabar ini dan seterusnya akan menyelamatkan kita dari azab di akhirat kelak.

Readmore »»

Selasa, 11 Januari 2011

SEJARAH YANG DIPESONGKAN KUFFAR!!!!

Readmore »»

Khamis, 4 Februari 2010

JUALAN AIR SARANG BURUNG(BIRD NEST DRINK) KELUARAN 100% MUSLIM



1. Air Sarang Burung 120ml RM 5.00 sebotol,sedozen 12 botol RM 60.00

2. Air Sarang Burung 320ml(campuran zaafaran dan kismis,khas untuk minda) RM 39.90 sebotol

3. Air Sarang Burung 500ml,double collegen,fish&bird nest RM 130.00 sebotol

KEPADA SESIAPA YANG INGIN MENJADI PENGEDAR ADALAH AMAT DIALU-ALUKAN DAN AKAN DIBERI POTONGAN HARGA PENGEDAR MENGIKUT SYARAT-SYARAT YANG DITETAPKAN.
BERMINAT SILA HUBUNGI :

USTAZ ZUL :0139759509

Readmore »»

Isnin, 4 Januari 2010

MENGAPA MEREKA(ORANG MUSYRIK) BERSUNGGUH-SUNGGUH HENDAK MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH


Di bawah ni saya senaraikan antara tanda-tanda kebesaran Allah Ta'ala.... SUBHANALLAH...Mereka semua mengaku adanya Allah...



  •             العنكبوت
61. Dan Sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah Yang menciptakan langit dan bumi, dan Yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". maka Bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?

  • •                      العنكبوت
63. Dan Sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah Yang menurunkan hujan dari langit, lalu ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (Wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka Yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat Tauhid dan pengertian syirik).

  •                لقمان
25. Dan Sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah Yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (Wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka Yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat Tauhid dan pengertian syirik).

  •         •                             الزمر
38. Dan Demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah Yang mencipta langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, Bagaimana fikiran kamu tentang Yang kamu sembah Yang lain dari Allah itu? jika Allah hendak menimpakan daku Dengan sesuatu bahaya, Dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayanya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, Dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang Yang mahu berserah diri".




  •         الزخرف
9. Dan Demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:" siapakah Yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui".

  •        الزخرف
87. Dan Demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah Yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka Bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?

Readmore »»

Selasa, 27 Oktober 2009

HUKUM PERTANDINGAN MEMANCING




Soalan:

SAYA gemar memancing dan sering menyertai pertandingan memancing. Persoalannya, adakah menyertai pertandingan memancing yang menawarkan hadiah seperti RM5,000 bagi tempat pertama juga termasuk dalam judi?


Jawapan:
Dalam hukum mengadakan pertandingan memancing dan menyertainya serta menerima hadiah dari pengajur, ada beberapa persoalan yang harus diberi perhatian oleh penganjur dan peserta.


Di antara perkara yang harus diberi perhatian ialah hadiah kepada pemenang diambil dari sumber yang mana? Adakah ia diambil daripada wang penyertaan atau hadiah itu sumbangan dari individu atau agensi?


Sekiranya hadiah itu diberi hasil wang kutipan penyertaan maka hukumnya haram. Maka sumber haram ini tidak boleh dimanfaatkan untuk makan minum atau pakaian.


Dua keadaan haram yang wujud dalam pertandingan memancing ini. Pertamanya kerana menyertai pertaruhan,yang keduanya menerima hadiah dari pertaruhan tersebut.


Contohnya, setiap peserta dikenakan yuran RM100, kemudian daripada yuran yang terkumpul itu diberikan hadiah kepada peserta yang berjaya menangkap ikan yang paling berat atau yang paling banyak (ikut peraturan pertandingan yang ditetapkan) menang, maka cara tersebut adalah haram kerana ia termasuk dalam pengertian pertaruhan (al-qimar) yang diharamkan.


Jika hadiah kepada pemenang ditaja oleh pihak luar tanpa membabitkan wang peserta, maka ia diharuskan kerana ia termasuk dalam hibah (hadiah) dari penganjur atau agensi yang menaja.


Ibnu Qudamah al-Maqdisiy menjelaskan bahawa: "Setiap permainan yang terdapat pertaruhan (al-qimar) di dalamnya, ia adalah haram walau apa jenis permainan sekalipun kerana ia tergolong di dalam al-maisir (perjudian) yang diperintahkan Allah agar dijauhi oleh orang beriman". (al-Mughni, Ibnu Qudamah al-Maqdisiy, 14/154).


Maisir atau perjudian telah diharamkan dengan nas yang qatie. Firman Allah yang bermaksud: Wahai orang-orang beriman! Sesungguhnya arak, judi (al-maisir), pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, (semuanya) adalah kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (al-Maidah: 90)


Para mufassir di dalam memberi makna menegaskan bahawa, al-maisir (judi) di dalam ayat di atas merangkumi semua jenis pertaruhan (al-qimar).


Jumhur ulama berpendapat bahawa semua jenis pertaruhan (al-qimar) adalah haram mengikut Islam. Yang dimaksudkan pertaruhan (al-qimar) itu ialah dua pihak atau lebih masing-masing mengeluarkan wang atau harta, kemudian pihak yang bernasib baik akan memperoleh wang itu, sementara yang tidak bernasib baik akan menanggung kerugian (hangus wang pertaruhannya) .


Sedangkan Islam menegah unsur-unsur penindasan ke atas orang lain biarpun duit ditaruhkan atas nama yuran penyertaan dan pengurusan.


Dalam pertandingan memancing atau sebagainya, ada unsur pertaruhan atau jika membabitkan hadiah atau pemberian. Walaubagaimanapun tidak semua hadiah akan menjadi judi atau pertaruhan. Ada yang menjadi hibah (hadiah) yang dihalalkan oleh syarak.


Justeru, bagi mengelak hadiah itu menjadi judi atau pertaruhan, ia hendaklah menepati salah satu dua keadaan berikut:


1. Hadiah itu diambil daripada pihak luar yang tidak terlibat dalam pertandingan (mendapatkan tajaan dari mana-mana pihak kerajaan atau swasta).


2. Hadiah itu ditawarkan oleh satu pihak sahaja daripada pihak-pihak yang bertanding. Sebagai contoh, seorang berkata kepada kawannya: "Ayuh berlumba denganku. Jika kamu menang, aku akan beri hadiah kepadamu RM50. Adapun jika kamu kalah, tidak perlu kamu memberikan apa-apa hadiah kepadaku."


Maksudnya penganjur pertandingan memancing menawarkan hadiah tanpa mengenakan wang pertaruhan.


Kedua-dua keadaan di atas, hadiah akan menjadi hibah, bukan hasil judi atau pertaruhan. Adapun jika hadiah diambil dari wang yang dikeluarkan oleh peserta-peserta yang bertanding sama ada dalam bentuk yuran penyertaan, bayaran penyertaan atau sebagainya, maka ia akan menjadi judi atau pertaruhan dan syarak mengharamkannya.


Secara umum, bagi pertandingan yang dianjurkan, hendaklah memenuhi perkara-perkara berikut:
1. Jenis pertandingan adalah harus, tidak haram.
2. Tidak membabitkan pertaruhan yang berupa perjudian.
3. Hadiah bukan datang dari sumber yang haram seperti dari syarikat arak, judi atau sebagainya.
4. Tidak melalaikan dari kewajipan syarak; solat dan sebagainya.
5. Tidak melibatkan larangan-larangan syarak yang lain seperti percampuran lelaki dan wanita yang bukan mahram.


(Ahkam al-Musabaqat Fi asy-Syari'ah al-Islamiyyah, Abdus-Somat bin Muhammad Balhaji, Dar an-Nafais, Jordan (2004).

Readmore »»

Isnin, 12 Oktober 2009

AIR SARANG BURUNG BUMIPUTRA MUSLIM KELUARAN SURECO



Air Sarang Burung (Bird Nest Drink) Keluaran SURECO kini berada dipasaran





9% moisture
20% inorganic ash
32.3% protein (Glycoprotein & 17 types amino acids)
38.7% carbohydrate (sialic acid, hexosamines, hexoses, deoxyexose).
(Sumber daripada Dr. Lim Chan Koon (2002), Swiftlets of Borneo.

Kajian perubatan Cina di Beijing mendapati sarang burung Walet merupakan agen pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata.

Bagi penghidap asma, ia juga dikatakan merupakan agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru. Hasil daripada berbagai macam eksperimen dan penelitian menunjukkan bahawa sarang burung bermanfaat sebagai:

1. Zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung Walit dapat melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan.

2. Sarang burung walit dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga merupakan nutrisi bagi paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan.

3. Pengambilan sarang burung wallet semasa kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada punggung, memperkuat paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepat proses penyembuhan setelah melahirkan.

4. Untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.

5. Untuk orang tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang, serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.

6. Untuk kanak-kanak, sarang burung walit dapat membesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan, dan memperkuatkan paru-paru.

7. Merupakan makanan yang amat baik kepada para perokok, serta dapat mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin untuk mencegah serangan barah (cancer).

*sumber Love & Care Worldwide

Dapatkan produk air sarang keluaran SURECO sekarang
sila hubungi 05-6251187/88/89

Readmore »»

Isnin, 14 September 2009

KELANTAN DARUL NAIM...NEGERIKU...














Readmore »»

Sabtu, 12 September 2009

PENIPUAN YAHUDI KEPADA UMAT ISLAM



Cuba perhatikan diantara dua gambar di atas,mungkin ramai diantara kita yang beranggapan kubah yang berwarna kuning itu ialah masjid aqsa...SALAH SAMA SEKALI!!! kubah yang berwarna kuning itu ialah masjid Kubbatul Sakhrah (masjid kubah kuning) bukannya masjid Aqsa,sebaliknya masjid yang berkubah hitam itulah masjid Aqsa, yang mana merupakan kiblat pertama umat islam, menerusi paparan media, kita sering ditipu tentang gambaran masjid al-Aqsa,ianya merupakan satu helah terancang rejim pengganas zionis Israel untuk mengelirukan umat islam,kerana sekarang ini mereka dalam proses untuk meruntuhkan masjid Aqsa, untuk mengelakkan kemarahan umat Islam,mereka menyatakan menerusi media,masjid yang berkubah kuning itulah masjid Aqsa, bila runtuhnya masjid Aqsa yang sebenar (Nauzubillah). Maka umat islam tidak akan merasa apa-apa,kerana pada pendapat mereka, yang berkubah kuning itulah masjid Aqsa yang wajib dipertahankan...SEDARLAH UMAT ISLAM!!!

Readmore »»

Rabu, 2 September 2009

Solat Terawih: Sejarah - Hukum - Kaifiat


Oleh : Al-Fadhil DR. Abdul Basit Bin Tuan Guru Haji Abdul Rahman

Segala puji bagi Allah yang menjadikan kita dikalangan orang-orang yang beriman. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
Alhamdulillah, bulan Ramadhan kembali menemui kita. Banyak ilmu yang perlu kita ulangkaji berkenaan amalan-amalan di dalam bulan Ramadhan, agar kita dapat memperoleh manfaat dan ganjaran yang sepenuhnya pada bulan yang mulia ini.
Risalah ringkas ini akan membincangkan tentang “Solat Terawih” dan perkara yang berhubung kait dengannya.
Berkenaan keutamaan solat ini, Abu Hurairah r.a. menerangkan bahawa Rasulullah saw menganjurkannya pada malam Ramadhan dengan anjuran yang bukan berupa perintah yang tegas. Baginda bersabda:


((مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ)) [متفق عليه]
Maksudnya: “Sesiapa yang berdiri (beribadat) pada malam Ramadhan kerana iman dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lepas.” [Sahih Muslim, no: 759]
Takrif Solat Terawih:
Menurut bahasa (lughah): Terawih bermaksud berehat, bersenang-senang, melapangkan nafas dan seumpamanya.
Menurut istilah: Terawih ialah ibadat solat yang dilakukan pada waktu malam di bulan Ramadhan. Bermula waktunya selepas solat isya’ dan berakhir dengan masuk waktu subuh, tidak termasuk sunat ratibah isya’ dan solat witir.
Dinamakan terawih kerana orang yang melakukannya akan berehat selepas empat rakaat (dua salam).
Solat terawih termasuk solat tahajjud atau solatul-lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.

Waktu Melakukan Solat Terawih.
Sebagaimana hadis Rasulullah saw di atas: “Sesiapa berdiri (beribadat) pada malam Ramadhan…”. Berdasarkan hadis ini, tempoh menunaikan solat terawih ialah sesudah masuk waktu solat isyak sehingga sebelum masuk waktu solat subuh. Ini bererti sesiapa yang tidak dapat melakukannya pada awal malam boleh melakukannya pada pertengahan atau akhir malam.

Hukum Solat Terawih
Solat terawih hukumnya sunat mu’akad, iaitu amalan sunat yang amat dituntut. Rasulullah saw telah menganjurkannya dengan arahan yang tidak tegas, bererti hukumnya adalah sunat dan tidak wajib.
Sejarah Terawih:
Ummul Mukminin Aishah ra, meriwayatkan bahawa Rasulullah saw melakukan solat terawih di masjid beberapa malam (ada yang mengatakan empat malam) dalam bulan Ramadan bersama-sama para sahabat. [HR Bukhari dan Muslim].
Pada malam kelima dan seterusnya hingga ke akhir bulan Ramadan, Baginda melakukan ibadat ini di rumah. Ini kerana Baginda saw bimbang para sahabat tersalah anggap dan menjadikannya sebagai solat fardu dan sudah tentu sukar bagi mereka untuk melakukannya.
Abi Zar t meriwayatkan Nabi saw bangun bersolat bersama-sama mereka pada malam 23 sehingga satu pertiga malam, dan pada malam ke 25 sehingga separuh malam. Para sahabat berkata kepada Baginda saw: “Kalaulah tuan terus sempurnakan saki baki malam kami dengan solat sunat”. Maka Nabi saw bersabda:
((إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ، كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ)) [الترمذي، صحيح]
Maksudnya: “Sesiapa yang berdiri (bersolat terawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran orang yang Qiyam semalaman (seumpama bersolat sepanjang malam).” [HR At-Tirmizi, sahih].
Imam Ahmad mengamalkan hadis ini dan beliau bersolat bersama imam sehingga selesai dan beliau tidak akan beredar sehinggalah imam beredar.
Berkata sebahagian ulama’: “Sesiapa yang bangun solat separuh malam bersama imam seumpama dia telah bangun solat sepenuh malam.”
Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dari Jabir ra bahawa Nabi Muhammad saw melakukan solat terawih sebanyak lapan rakaat, setelah itu diikuti solat witir.
Khalifah Umar bin Al-Khatab ra ialah orang pertama yang mengerah umat Islam menunaikan solat terawih secara berjamaah di bawah pimpinan Ubai bin Kaab ra.
Solat terawih dilakukan berjemaah pada setiap malam Ramadhan selepas solat isyak sebanyak 20 rakaat dan ditambah dengan tiga rakaat solat witir.

Cara Perlaksanaan Solat Terawih.
Solat Terawih boleh dilaksanakan secara berjamaah atau bersendirian. Berjamaah adalah lebih afdal merujuk kepada anjuran Rasulullah saw seperti hadis di atas.
Namun jika menghadapi kesempitan untuk melaksanakannya secara berjamaah, maka dibolehkan melaksanakannya secara bersendirian. Rasulullah saw sendiri pada zaman baginda adakala melaksanakannya secara berjamaah dan adakala secara bersendirian. Ini bagi memberi kelapangan bagi umat, seandainya mereka menghadapi kesempitan masa atau tenaga.
Menurut imam Al Ghazali rh walaupun solat terawih boleh dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat terawih yang dilakukan secara berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang mengingatkan bahawa sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat berjemaah.

Bilangan Rakaat Solat Terawih.
Solat terawih boleh dilaksanakan dalam jumlah lapan atau dua puluh rakaat, diiikuti dengan solat sunat witir. Kadangkala timbul persoalan berkenaan jumlah rakaat solat terawih yang sepatutnya dilaksanakan, lapan atau dua puluh rakaat?
Persoalan jumlah rakaat bagi solat terawih telah menjadi tumpuan para ilmuan Islam sejak dari dulu. Mereka telah mengkaji dalil-dalil yang ada serta membandingkan antara pelbagai pandangan yang wujud. Hasilnya membuahkan tiga pendapat. Pendapat pertama: Jumlah rakaat solat terawih ialah 8 rakaat diikuti dengan 3 rakaat solat witir. Pendapat kedua: Jumlahnya ialah 20 rakaat diikuti dengan 3 rakaat solat witir. Pendapat ketiga: Jumlahnya tidak ditentukan. Seseorang itu bebas melaksanakan solat terawih dengan jumlah rakaat yang dipilihnya, kemudian ditutupi dengan solat witir.
Ketiga-tiga pendapat di atas memiliki dalil dan hujah di sebaliknya dan kita boleh memilih mana-mana pendapat di atas. Yang penting, kita perlu menghormati orang lain seandainya mereka memilih pendapat yang berbeza dengan kita.
Ibnu Umar ra menceritakan: Seorang lelaki datang bertanya Rasulullah saw tentang solat malam. Sabda Nabi saw:
صَلاةُ اللَّيْلِ مَثْنَى مَثْنَى، فَإِذَا خَشِيَ أَحَدُكُمْ الصُّبْحَ صَلَّى رَكْعَةً وَاحِدَةً تُوتِرُ لَهُ مَا قَدْ صَلَّى.
Maksudnya: “Solat malam ialah dua rakaat, dua rakaat. Apabila kamu bimbang masuk waktu subuh maka solatlah satu rakaat, menjadikan bilangan witir (ganjil) bagi rakaat yang telah engkau solat” [HR: Bukhari].
Rasulullah saw tidak menyebut bilangan rakaat solat malam, malam pula panjang masanya, boleh dilakukan banyak solat, ini menunjukkan bahawa bilangan tidak dihadkan sekadar kepada 8 atau 20 rakaat.
Berkata Imam Asy-Syafie: “Aku telah melihat orang ramai mendirikan solat terawih di Madinah 39 rakaat, di Makkah 23 rakaat, ini bukanlah satu perkara yang sempit (terikat dengan bilangan).”
Katanya lagi: “Jika mereka panjangkan qiyam berdiri (dengan bacaan al-Quran), kurangkan rakaat adalah baik. Sekiranya mereka membanyakkan sujud (rakaat) dan meringankan berdiri (ringkaskan bacaan) juga adalah baik. Tetapi yang pertama adalah lebih aku sukai.”
Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat terawih sebanyak 20 rakaat tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar lapan rakaat. Terpulang kepada masing-masing untuk menunaikan ibadat ini mengikut kemampuan dan keikhlasan diri sendiri terhadap Penciptanya. Yang pentingnya ialah selesaikan solat bersama imam, tidak hanya setakat separuh jalan.

Antara Kualiti dan Kuantiti.
Persoalan yang lebih penting dalam solat terawih ialah cara melaksanakannya. 8 atau 20 rakaat, yang penting ialah membaca surah al-Fatihah dan bacaan-bacaan solat yang lain dengan sempurna, betul dan khusyuk. Jangan disingkatkan, jangan dibaca senafas dan jangan dibaca dengan tujuan mengejar jumlah rakaat.
Demikian juga dengan toma’ninah dalam solat, jadi yang penting ialah kualiti dan bukan kuantiti. Maka pastikan ia dilaksanakan secara baik (kualiti) dan tidak sekadar mengejar rakaat yang banyak (kuantiti).

Antara aspek kualiti yang sering ditinggalkan ialah:
1. Meninggalkan bacaan al-Qur’an secara tartil, iaitu sebutan kalimah-kalimah al-Qur’an secara jelas berdasarkan disiplin tajwid yang betul. Allah s.w.t. memerintah kita: “Dan bacalah al-Qur’an dengan tartil.” [Surah al-Muzammil:4]
2. Meninggalkan bacaan doa iftitah sebelum al-Fatihah dan bacaan surah-surah selepas al-Fatihah. Ini satu kerugian kerana bacaan-bacaan itu memberi ganjaran pahala yang amat besar.
3. Mengabaikan toma’ninah, iaitu kekal di dalam sesuatu posisi solat seperti rukuk, iktidal, sujud dan duduk di antara dua sujud. Tempoh kekal di dalam sesuatu posisi ialah sehingga bacaan dalam posisi itu dapat dilengkapkan dengan betul dan sempurna jumlahnya.
Pernah seorang lelaki bersolat tanpa toma’ninah pada zaman Rasulullah saw. Melihat cara solat lelaki itu, Rasulullah saw memerintahkan beliau untuk mengulanginya [Sahih al-Bukhari, no: 757]. Tindakan Baginda itu menunjukkan toma’ninah ialah syarat sah solat. Sesiapa yang meninggalkannya bererti solatnya, sama ada solat terawih atau selainnya, adalah tidak sempurna.
4. Tidak mengambil berat tentang melurus dan memenuhkan saf solat. Masing-masing sibuk mengejar rakaat, sedangkan Rasulullah saw telah memberi peringatan agar menjaga saf dengan sempurna dalam sabdanya:
لَتُسَوُّنَّ صُفُوفَكُمْ أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللَّهُ بَيْنَ وُجُوهِكُم .
Maksudnya: “Luruskan saf-saf solat kamu atau Allah akan tukarkan wajah-wajah kamu (hati-hati kamu berpecah dan tidak bersatu).” [HR Bukhari].
Sabda Baginda saw lagi:
سَوُّوا صُفُوفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلاةِ
Maksudnya: “Luruskan saf-saf solat kamu, kerana saf yang lurus itu di antara tanda kesempurnaan solat.” [HR Bukhari].
Berdasarkan perbincangan di atas, sama-samalah kita jadikan solat terawih pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang dilaksanakan berdasarkan kualiti dan bukannya kuantiti.
Semoga semua amalan baik kita diterima oleh Allah swt.
Sekian.
ِِِAkhukum, Abu Anas Madani.
Pondok Sungai Durian, 4 Ramadhan 1430H.

Readmore »»

Rabu, 12 Ogos 2009

KENAPA H1 N1 MENIMPA KITA...?



يقول تعالى: (ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ) [الروم: 41].

Yang bermaksud ;


Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Pada masa ini, kita dikejutkan dengan wabak selsema babi (H1 N1) yang melanda seluruh dunia umumnya dan negara kita khususnya, tahukah kita bahawa ini adalah bala dari Allah untuk kita disebabkan tangan-tangan (perbuatan) buruk manusia sendiri.

Walaupun berbagai andaian dan hasil kajian yang dibuat yang menyatakan wabak ini hasil tetasan saintis di makmal barat, sebagai konspirasi jahat Amerika dan kapitalis untuk mengaut keuntungan dan sebagai cara untuk mengurangkan penduduk bumi, kita sewajibnya percaya dan menerima, bahawa ini adalah bala yang Allah taala turunkan melalui tangan-tangan orang yang berbuat keburukan disebabkan kezaliman yang manusia lakukan.

Tujuan Allah menurunkan bala ini ialah supaya manusia kembali insaf dari melakukan kejahatan dan bertaubat kepada Allah. Amat malang bagi kita yang beriman tidak menginsafi dengan apa yang berlaku .

Bala yang menimpa merupakan ujian bagi orang-orang yang beriman, manakala bagi manusia yang sombong, angkuh serta kufur kepada Allah, setiap bala merupakan balasan bagi mereka .

Readmore »»

Selasa, 11 Ogos 2009

MARILAH MENJADI UMAT YANG BERADAB...


Bab 1 : Adab Niat
1. Niat memiliki peranan yang amat penting di dalam segala kegiatan dan amalan agama kerana nilaian Allah Ta'ala terhadap semua amal perbuatan itu bergantung pada niatnya.
2. Firman Allah s.w.t.

dalam Surah al-Bayyinah, ayat 5 yang bermaksud :
" Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepadanya , lagi tetap teguh di atas tauhid, dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, dan yang demikian itulah agama yang benar ".
3. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seseorang itu apa yang diniatkan ".
4. Maka niat yang baik itu adalah dianggap sebagai satu amal soleh dan memperolehi pahala serta ganjaran daripada Allah s.w.t.
5. Sesiapa yang berniat dengan niat yang baik, maka dia akan mendapat pahala dan ganjaran yang baik, manakala sesiapa yang berniat buruk maka dia akan diberi balasan dosa dan balasan yang setimpal dengan dosanya.
6. Kaum muslimin mengakui niat itu sebagai rukun dan syarat dalam semua amalan dan bukan hanya diucapkan atau dilafazkan oleh lidah sahaja .

Bab 2: Adab Kepada Allah
1. Anugerah dan rahmat yang diberikan oleh Allah Ta'ala kepada manusia tidak terhitung banyaknya iaitu semenjak manusia diciptakan daripada nutfah (setitis air mani) di dalam rahim ibunya sehingga dia kembali menghadap Allah s.w.t.
2. Manusia hendaklah mensyukuri segala rahmat dan nikmat Allah s.w.t dengan melakukan segala suruhan dan perintahnya dan menjauhi segala tegahan dan larangannya serta selalu memujiNya sama ada dengan kata-kata atau amal perbuatan serta memanfaatkan segala yang dianugerahkan hanya untuk beribadah kepadaNya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya"
( Surah Ibrahim - Ayat 34 )
3. Cara ini merupakan adab kepada Allah s.w.t. sebagaimana Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"Dan apa sahaja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah (datangnya)......."
( Surah An- Nahl - Ayat 53 )
4. Kaum muslimin meyakini bahawa Allah s.w.t Maha Mengetahui di atas segala-galanya dan sentiasa memperhatikan setiap tingkah laku manusia sehingga hati mereka sentiasa takut kepada Allah dengan mengingatiNya serta mengagungkanNya.
5. Mereka merasa malu berbuat perkara mungkar dan maksiat kepada Allah s.w.t. untuk melanggar apa-apa tegahan dan laranganNya. Sebagaimana Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
( Surah Al-Baqarah - Ayat 152 )
6. Kaum Muslimin mengetahui dan melihat bahawa Allah s.w.t. menguasai diri setiap manusia yang sentiasa menyerahkan diri kepadaNya serta bertawakal kepadaNya . Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" .... Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakal , jika kamu benar-benar orang yang beriman ".
( Surah Al - Maidah - Ayat 23 )
7. Kaum Muslimin mencari akan rahmat dan kasih sayang Allah dengan merendahkan diri dan sentiasa berdoa mencari keredhaanNya dengan ucapan dan amalan yang soleh.
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud : " ..... dan rahmatKu meliputi segala sesuatu...." .
( Surah Al-A'raf - Ayat 156 )
8. Setiap amalan yang soleh dan dilakukan dengan penuh keikhlasan dan ketaatan yang bersungguh-sungguh akan dibalas dengan pahala yang berlipatganda serta dijanjikan syurga yang kekal selama-lamanya .
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan rasulNya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepadaNya , maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan ".
( Surah An-Nur - Ayat 52 )
9. Kaum Muslimin yang sentiasa memelihara adab dengan Allah akan mendapat kedudukan yang mulia dan darjat yang tinggi serta mendapat rahmat dan nikmat di sisi Allah s.w.t.
Bab 3: Adab Kepada Al-Quran
1. Kaum Muslimin beriktiqad bahawa kemuliaan dan kesucian serta keutamaan ayat-ayat Allah s.w.t. iaitu Kitab Al-Qur'an adalah keunggulan yang tertinggi.
2. Al-Qur'an adalah sebesar-besar mukjizat kurniaan Allah s.w.t. yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul akhir zaman.
3. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :-

" Bacalah olehmu Al- Qur'an kerana ia akan datang pada hari qiamat memberi pertolongan kepada yang membacanya" (Riwayat Muslim)
4. Insan yang berpegang teguh dengan Al- Qur'an kerana ia akan mendapat keselamatan dan kesejateraan di dunia dan di akhirat.
5. Di dalam hadith- hadith Rasulullah s.a.w. memberi keutamaan akan keagungan, kesucian dan kemuliaan Al- Qur'an di dalam memperkukuhkan keimanan kaum muslimin. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

" Sebaik -baik kamu adalah yang belajar Al- Qur'an dan mengajarkannya" (Riwayat Bukhari) " Ahli Al- Quran adalah keluarga Allah dan orang pilihannya" (Riwayat An- Nasa'i)
6. Adab - adab di dalam membaca Al- Qur'an ialah :-
i) Berwudhuk
ii) Dibaca di dalam sucu daripada hadas
iii) Dibaca di dalam keadaan mengadap kiblat
iv) Dibaca dengan tartil dan tidak terlalu cepat
v) Dibaca dengan khusyuk, tadabbur (mengamat -amati) dan menghayati dengan bersungguh-sungguh.
vi) Di baca dengan memperelokkan suaranya. Sabda Rasullullah s.a.w. yang bermaksud :-
" Hiasilah olehmu Al- Qur'an dengan suaramu " (Riwayat Ahmad)

Bab 4: Adab Terhadap Rasulullah s.a.w
i) Allah telah mewajibkan setiap mukmin untuk hormat terhadap Nabi Muhammad S.A.W seperti yang ditegaskan dalam firman Allah :
“ Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya.....”
( Al-Hujurat 49:1 )

ii) Sesungguhnya Allah mewajibkan orang yang beriman untuk taat dan cinta kepada Rasullullah seperti di dalam firmannya :
“ Wahai orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul...”
( Muhammad 47:33)
iii) Allah menjadikan Rasullullah sebagai pemimpin dan hakim seperti dalam firmannya :
“ Sesungguhnya kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu.....”
( An-Nisa’ 4:105 )
iv) Allah telah menetapkan bahawa Rasullullah adalah manusia terbaik akhlak dan budi pekertinya. Beliau memiliki kesempurnaan diri dan jiwa sehingga beliau merupakan makhluk yang paling baik dan sempurna.
Beberapa cara beradab kepada Nabi Muhammad S.A.W antaranya :
• Hendaklah mentaati Nabi Muhammad S.A.W di samping mengikuti jejak langkahnya dalam urusan dunia dan agama.
• Menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai orang yang paling dicintai, dihormati dan diagungkan dari seluruh makhluk Allah.
• Mengagung dan menghormati Nabi Muhammad S.A.W apabila namanya disebut dan berselawat serta salam ke atasnya, mengakui kebenarannya dan menghargai sifat-sifatnya.
• Membenarkan segala yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W samada soal agama dan dunia
• Merendahkan suara di makam dan masjidnya bagi yang berpeluang menziarahinya.
• Mencintai para salihin dan para pengikutnya kerana mereka mencintai Nabi Muhammad S.A.W serta memusuhi golongan fasiq kerana mereka membenci Nabi Muhammad S.A.W.
( Rujukan : Bimbingan Mukmin
Bab 5: Adab Terhadap Diri Sendiri
Kaum muslimin percaya bahwa kebahagian di dunia dan akhirat bergantung pada perilaku dan adab terhadap diri sendiri dan pada kesucian serta kebersihan jiwa. Begitu juga dengan kesengsaraan disebabkan kerosakan dan kekotoran jiwa hal ini nyata dalam firman Allah :
“ Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya”
( Asy-Syam [ 91] 9-10)
Rasullullah bersabda :
“ Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bila melakukan sesuatu dosa terjadilah bintik hitam dalam hatinya. Bila dia bertaubat dan menghentikan dosanya dan mencela perbuatannya, hatinya akan bersinar kembali, dan apabila dosanya bertambah, akan bertambah pula bintik hitam itu hingga hatinya akan tertutup….”
( Nasa’i dan Tarmizi, hadis hasan sahih)
Oleh yang demikian kaum muslim haruslah berusaha menjaga dirinya dengan membersih dan menyucikan jiwanya. Kerana jiwa yang suci dan bersih dapat menjauhkan diri dari melakukan perbuatan-perbuatan yang buruk dan boleh merosakkan. Beberapa langkah yang perlu di lalui untuk mencapai kesucian jiwa iaitu :
a. Taubat
Taubat yang bermaksud menyucikan diri dari dosa dan maksiat, menyesali segala dosa yang telah dilakukan dan berazam untuk tidak mengulangi. Seperti firman Allah yang bermaksud:
“ Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang seikhlas-ikhlasnya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai….”
(at-Tahrim[66] : 8)
Dan sabda Rasullullah :
“ Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah kerana aku bertaubat setiap hari seratus kali ”
( Muslim )
b. Muraqabah ( Pengawasan )

Umat Islam sentiasa merasakan setiap perbuatan dan pergerakan diawasi oleh Allah. Sehingga mereka yakin bahawa Allah sentiasa memerhatikan dan megetahui segala yang nyata mahupun tersembunyi.Dengan keyakinan itulah manusia merasakan jiwanya tenang mengingati Allah dan puas mendampingiNYA. Ia di nyatakan dalam firman Allah :
“ Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan .....”
( an-Nisa [4] : 125 )
Rasullullah juga bersabda :
” Beribadahlah kamu kepada Allah seperti kamu melihat-NYA, apabila kamu tidak melihat Allah, sesungguhnya Dia melihatmu ......”
(Muttafaq ’alaih)
c. Muhassabah
Melakukan perhitungan terhadap diri sendiri di atas apa yang telah dilakukan demi mengecapi kebahagian di dunia dan akhirat. Sentiasa membuat perhitungan dengan apa yang telah dilakukan. Andainya apa yang dilakukan adalah perkara-perkara yang dilarang, maka mestilah segera beristigfar menyesali perbuatan dan segera bertaubat dan membuat kebaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan muhassabah terhadap diri sendiri.Ianya satu cara memperbaiki, mendidik, menyuci dan membersihkan diri
Allah berfirman :
“ Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah dilakukannya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. ”
(al-Hasyr [59] : 18)
d. Mujahadah (Berjuang Melawan Hawa Nafsu)

Hawa Nafsu adalah musuh yang paling besar bagi setiap individu Islam. Hawa nafsu hanya cenderung untuk melakukan kejahatan dan menjauhi kebaikan.
Allah telah berfirman :
“ Dan Aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan.....”
(Yusuf [12] : 53 )
Sebagai umat Islam seharusnya kita berjuang untuk melawan hawa nafsu jangan sampai ianya menguasai diri kita. Didiklah nafsu agar tenang dan tenteram serta suci dan bersih. Allah berfirman :
“ Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.”
(al-Ankabut : 69)

Sebagai umat Islam kita mestilah sentiasa berjuang di jalan Allah demi memastikan nafsu terkawal, baik, bersih, suci dan tenteram serta memperolehi kemuliaan dan keredhaan dari Allah S.W.T.

Readmore »»

Isnin, 10 Ogos 2009

MEMBONGKAR MUSLIHAT AMERIKA DAN KUNCU-KUNCUNYA


Beberapa hari lalu kita dikejutkan dengan berita terkorbannya orang yang dikehendaki kerajaan indonesia kononnya perancang keganasan iaitu Nordin Mat Top,walaupun tidak terbukti secara jelas,tapi kerana ianya kenali sebagai orang islam,maka Amerika dan kuncu dajjalnya melebalkan Nordin sebagai pengganas!.

Hari ini kerajaan Indonesia

menyatakan bahawa cap jari mayat berkenaan bukan Nordin Mat Top,ini dikhuatiri sebagai muslihat KUFFAR untuk terus mengkambing hitamkan Nordin Mat Top sebagai pengganas,mereka akan terus menyerang umat islam secara ganas dan kejam atas tiket memerangi keganasan yang kononnya didalangi oleh Nordin,padahal Nordin telahpun terbunuh .
Keadaan ini seakan sama dengan apa yang berlaku di afghanistan.Kuffar Amerika laknatullah menuduh Taliban sebagai pengganas,yang diketui oleh Osama bin Laden,maka atas tiket kononnya memerangi keganasan,Kuffar Amerika dengan ganasnya menyerang kerajaan Taliban di Afghanistan ,sehingga kehari ini, golongan kuffar terus menyerang umat islam di Afghanistan kononnya untuk menghapuskan Osama yang digelar pengganas,walaupun ada desas desus yang mengatakan bahawa Osama bin Laden telah terkorban,tetapi Amerika menafikannya untuk terus menjadikan Osama bin Laden sebagai kambing hitam , yang terus tertipu adalah kita umat islam!

Readmore »»

KERAJAAN PENGHISAP DARAH RAKYAT!!!


Pagi tadi saya pergi ke pejabat pos untuk urusan kiriman wang,sedang menunggu nombor giliran,ternampak pakcik makcik yang sedang berurusan mengaru kepala,saya cuba pasang telinga mendengar apa yang dicakapkan,rupa-rupanya pasal nak sambung roadtax kereta,masing-masing merungut kena bayar mahal untuk road tax dan insuran kereta,ada seorang pakcik yang mintak kerani kaunter untuk bayaran yang paling murah, saya jawab dalam hati,

"takde pakcik,semuanya mahal,inilah hadiah 1malaysia daripada PM kesayangan kita".

Bila keluar dari pajabat pos,nampak pakcik yang dekat kaunter tadi sedang pandu keluar kereta dia,kesian...kereta macam ni pun road tax dan insuran mahal lagi...keluh saya dalam hati...kereta pakcik tu mungkin dah 20 tahun usianya,saya fikir balik kata-kata Datuk Najib...1Malaysia..inilah agaknya...takde beza antara mercedes dan datsun buah ulu..semua dikira satu...

Sampai saja dekat kereta,saya tengok road tax kereta saya...4 Februari 2010...lambat lagi nk mati ni..kata saya dalam hati..tengah-tengah drive,tiba-tiba teringat satu persatu tentang FEBRUARI 2010,pertama kena bayar road tax kereta,kedua nak sambut ahli keluarga baru(isteri dijangka bersalin) ketiga tayar kereta dah hampir botak,awal tahun depan dah kena tukar...saya pun dah sama dengan pakcik tadi..garu kepala yang tak gatal...

Readmore »»

Rabu, 5 Ogos 2009

TRAGEDI NGERI UMAT ISLAM SELATAN THAI! KITA HANYA PEJAMKAN MATA???


Kesalahan mereka adalah kerana mengucapkan لااله الاالله محمد رسول الله ,mereka dibunuh secara kejam dan tanpa pembelaan,kita yang hanya berjiran dengan mereka hanya mendengar khabar yang duka ini,tanpa berbuat apa-apa,peristiwa pembunuhan kejam ke atas 11 jemaah masjid al-Furqan masih segar dalam ingatan,mereka yang terbunuh adalah jemaah yang sedang menunaikan solat,sampai kesaat ini mereka yang terbunuh tidak ada sebarang pembelaan,begitu juga dengan peristiwa pembunuhan beramai-ramai umat islam di takbai pada ramadhan 2004 oleh rejim kafir siam,setelah hampir 5 tahun peristiwa berdarah tersebut,tidak ada pun pendakwaan yang dibuat ke atas mereka yang bertanggungjawab oleh rejim kafir siam .



Nyawa umat islam di selatan thai sekarang bagaikan telur dihujung tanduk,bila-bila masa sahaja nyawa mereka boleh terpisah dari jasad,
pihak tentera siam yang berkawal setiap 20 kilometer 1 sekatan jalanraya pun tidak mengubah keadaan,bahkan merekalah yang dituduh sebagai dalang pembunuhan ke atas umat islam di selatan thai .

Kalau dulunya wilayah Pattani,Naratiwat dan Yala adalah merupakan Negara yang berdaulat dan mempunyai pemerintahan yang tersendiri,oleh kerana mereka Muslim,maka tanah air mereka diperangi oleh golongan kuffar musyrik penjajah,wilayah mereka ditakluki secara kejam dan zalim .

Di sini penulis ingin berkongsi cerita duka berkenaan saudara kita di selatan Thai,cerita ini merupakan antara ratusan kezaliman yang dilakukan terhadap saudara kita di sana oleh pihak yang dipercayai didalangi tentera thai :

Kes 1
Tempat : Kampung Basa 8,Yaha ,Yala.
Sumber : Mohd Daniel (Setiausaha Agung Student Federation of Thailand)
Tarikh : Mei 2007

(Mohd Daniel terlibat secara langsung membawa kes ini ke pengetahuan umum dan menuntut keadilan terhadap mangsa.satu tunjuk perasaan besar-besaran diadakan di depan Masjid Pattani dari 31 Mei - 4 Jun 2007 yang disertai lebih 10,000 orang) Alasan pihak tentera kononnya kehadiran mereka di wilayah selatan Thai ini adalah untuk menjamin keselamatan penduduk adalah tidak lebih daripada 'menyorokkan bangkai gajah dengan daun pisang'. Tentera Thai mengadakan beratus -ratus sekatan jalanraya. Sekatan diadakan setiap 20 kilometer.Peristiwa rogol dan bunuh yang berlaku di kampung Basa 8, Yala ini diceritakan oleh saksi yang terselamat.

Pada malam itu, Nurhayati, ibu, ayah, adik perempuan dan sepupunya bermalam di sebuah kebun milik keluarganya di Yala, Di kebun itu ada 8 buah pondok, ayah dan sepupunya tidur di sebuah pondok,manakala Nurhayati, ibu dan adik perempuannya tidur di pondok yang berlainan. Pada malam itu , sekumpulan 11 lelaki yang lengkap bersenjata dan bertopeng dipercayai datang ke kebun itu dengan menaiki motorsikal. Kenderaan besar tidak boleh melalui jalan ke kebun yang sempit itu. Bedilan yang bertalu-talu dilepaskan kearah semua pondok berkenaan. Pondok yang didiami oleh ayah dan sepupu Nurhayati dibedil hebat menyebabkan kedua-duanya maut di tempat kejadian. Setiap pondok digeladah oleh pihak yang dipercayai pihak tentera. apabila menemui Nurhayati yang ketika itu masih hidup, mereka dengan kejam merogolnya secara bergilir-gilir, akhirnya mayat Nurhayati ditemui dengan kepala terkilas akibat lehernya patah. Ibu mangsa pula dipukul dengan belakang senjata api hingga pengsan. Kemudian, beliau dibungkus dengan permaidani dan dibakar. Namun, api tidak membakar hangus permaidani itu menyebabkan ibu Nurhayati terselamat.

Satu-satunya saksi yang melihat kejadian itu adalah adik Nurhayati berusia 19 tahun yang ketika itu sempat menyembunyikan diri di satu sudut tersembunyi di pondok itu. Adiknya berjaya meloloskan diri daripada kebun terbabit melalui anak sungai di kebun itu.

Apabila kes ini diketahui umum, tunjuk perasaan besar-basaran diadakan oleh orang ramai di depan masjid Pattani selama lima hari berturut-turut untuk menuntut keadilan kepada mangsa.
Akan tetapi, pihak berkenaan tidak mengendahkan desakan ini dan sebaliknya menuduh berita ini adalah rekaan semata-mata. Dalam masa yang sama, adik Nurhayati kini berlindung di sebuah tempat yang dirahsiakan. Beliau kini menjadi sasaran untuk dibunuh oleh pihak tentera.

Banyak lagi kes kekejaman keatas umat islam di selatan Thai yang tidak direkodkan,tetapi ianya tidak ada tindakan oleh pihak rejim kuffar siam, bahkan merekalah yang sebenarnya merancang semua ini,untuk melihat umat islam di selatan Thai menderita,jikalau sebelum ini,umat islam lah yang menguasai ekonomi dan politik di selatan Thai,mereka mahu merampas semua itu disebabkan rakyat selatan Thai adalah majoriti muslim, adakah kita mahu terus memejamkan mata melihat kezaliman yang dilakukan terhadap saudara kita???


Readmore »»

Sabtu, 1 Ogos 2009

BUAT DIRIKU YANG ALPA....



LUPAKAN KESALAHAN YANG ORANG LAIN LAKUKAN TERHADAPMU...
INGATKAN KESALAHAN YANG ENGKAU LAKUKAN TERHADAP ORANG LAIN...



LUPAKAN KEBAIKAN YANG ENGKAU BERIKAN KEPADA ORANG LAIN...
INGATKAN KEBAIKAN YANG ORANG LAIN BERIKAN KEPADAMU...

HENTIKAN MENCARI KESALAHAN ORANG LAIN...
TERUSKAN MENCARI SALAH DIRIMU...

INGAT!!!

SATU JARI ENGKAU TUNDINGKAN KEPADA ORANG LAIN...
TIGA JARI KEMBALI KEPADA DIRIMU...

Readmore »»