Isnin, 6 Julai 2009

Disiplin Blogger



Mutakhir ini bidang penulisan blog tumbuh subur bagaikan cendawan selepas hujan, tapi apa yang menyedihkan kebanyakkan blogger tidak mengamalkan disiplin blog yang sepatutnya, mereka telah menyalahgunakan blog untuk mencaci dan menuduh tanpa fakta,itu tidak termasuk
fitnah yang berleluasa, sedar atau tidak,segala yang kita pamerkan di dalam blog juga akan termasuk dalam perbuatan yang akan dikira dosa dan pahala.

Jika seseorang pembaca mendapat maklumat yang salah dari blog,dan dia menyebarkannya, itu dikira "jahil murakkab",iaitu jahil yang berturut-turut, jikalau perbuatan menyebarkan fakta yang salah itu disengajakan oleh para blogger, maka dia akan mendapat dosa yang berganda-ganda, ini kerana orang ramai akan tersesat dengan sebab fakta yang diberikan itu salah .

Rasullah s.a.w pernah bersabda, mafhumnya, jika ditimbang seluruh isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar, ada ulama menyatakan, ini bertepatan dengan hadis nabi s.a.w
"من دل على خير فله مثل أجر فاعله "
yang bermaksud : Sesiapa yang menunjukkan kearah kebaikan, maka baginya pahala seperti pembuatnya" , disaat nabi dikutuk, dihina, dipersendakan ,dituduh sebagai pembohong dan dituduh sebagai tukang sihir, orang yang paling mempercayai nabi ketika itu adalah Abu Bakar, Dia menyatakan " setiap yang datang daripada Muhammad , aku mempercayainya ",begitu hebat iman Abu Bakar yang diberikan gelaran Assiddik (الصديق) , antara sebab iman Abu Bakar lah,kita dapat merasai nikmat iman dan islam pada hari ini, oleh kerana Saidina Abu Bakar telah menunjukkan kepada kita satu contoh iman yang kuat mempercayai nabi ,ketika kebanyakkan manusia tidak mempercayainya, maka setiap amalan kebajikan umat Nabi Muhammad s.a.w sehingga kiamat, akan diberikan kepada Saidina Abu Bakar Assiddik r.a. kerana dia telah menunjukkan satu perkara kebaikan kepada kita semua .

Saudaraku blogger sekalian , adakah kita tidak mempunyai peluang untuk mendapat pahala kebajikan berterusan sehingga hari kiamat seperti yang diperolehi oleh Saidina Abu Bakar Assiddik ? jawapanya BOLEH dan KITA ADA PELUANG ,macamana ? gunakan blog anda untuk menunjukkan manusia kearah kebaikan , insyaAllah apabila pembaca membuat kebaikan dengan sebab kita yang menunjukan, kita akan mendapat pahala kebajikan seperti yang diperolehi oleh pembuatnya .
Ataupun kita mahu membuat dosa yang bertimpa-timpa dengan sebab fakta yang kita selewengkan? dan seterusnya menempah neraka Allah yang amat pedih azabnya, nauzubillah .
ingatlah! Dosa sesama manusia tidak akan diampun oleh Allah kecuali setelah meminta ampun dari mereka yang kita fitnah dan sakiti dengan apa cara sekalipun .

Wahai saudaraku blogger sekalian , amalkan displin blogger yang tinggi,untuk keuntungan kita di dunia dan di Akhirat...
Tepuk dada Tanya Iman....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan