Ahad, 12 Julai 2009

MENENTANG KEMUNGKARAN SATU KEWAJIPAN!


عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : ( من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه ، وذلك أضعف الإيمان ) رواه مسلم .


Maksud hadith :


Daripada Abu Said Khudri r.a berkata ; Aku mendengar Rasullah s.a.w bersabda : sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran,hendaklah dia mencegahnya dengan tangannya, maka sekiranya dia tidak mampu, maka cegahlah dengan lisannya (percakapannya) maka sekiranya dia tidak mampu (juga), maka cegahlah dengan hatinya, dan demikian itu (mencegah dengan hati) adalah selemah-lemah iman . hadith riwayat muslim .


Hukum mencegah kemungkaran :


Sepakat ulamak mengatakan wajib atas orang islam (fardhu ain) dan mereka yang redha dengan kemungkaran termasuk dalam dosa besar .


Maksud kemungkaran :


Kemungkaran bermaksud, setiap perkara yang dilakukan samada meninggalkan apa yang diperintahkan oleh Allah (contohnya meninggalkan solat) atau membuat apa yang dilarang oleh Allah (contohnya membuka/mendedahkan aurat), walaupun ianya dosa kecil .


Peringkat mencegah kemungkaran :


1-Dengan tangannya (kuasa yang ada padanya) jikalau dia tidak mampu kerana akan membahayakan nyawanya atau hartanya, maka akan dituntutnya mencegah pada peringkat kedua


2-Dengan lisannya (percakapanya) samada nasihat atau sebagainya , jikalau dia masih lagi tidak mampu kerana akan ditimpa mudharat,maka akan dituntut pada peringkat yang terakhir .


3- Dengan hatinya (merasa tidak redha dalam hati) ini menjadi kewajipan kepada semua individu muslim, jikalau dia tidak mengingkari maksiat walau dengan hati, maka sabda NABI s.a.w. "tidak ada iman dalam hatinya walau sebesar biji sawi".kita harus faham,mengingkari kemungkaran dengan hati adalah selemah-lemah iman .


Mencegah kemungkaran ada 2 hukum :


1-Fardhu Ain :


mencegah kemungkaran menjadi fardhu ain ketika orang yang melihat kemungkaran hanyalah seorang sahaja,ketika itu menjadi kewajipan kepada dia untuk mencegahnya,dia akan berdosa jikalau meninggalkan mencegah kemungkaran


2-Fardhu kifayah :


mencegah kemungkaran akan menjadi fardhu kifayah ketika sekempulan orang islam yang melihat kemungkaran,jikalau seorang saja dari kumpulan itu yang mencegah kemungkaran tersebut maka terlepaslah kewajipan kepada yang lain,jikalau seorang pun tidak mencegahnya, maka semuanya akan berdosa .


Dimanakah kedudukan kita dalam mencegah kemungkaran? sedangkan mencegah kemungkaran menjadi fardhu ain kepada setiap orang mukmin dan berdosa jikalau ditinggalkan, TEPUK DADA TANYA IMAN......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan